May 4, 2013

Yasmin J.Hunwick

asalamualaikum

actually petang tadi terbaca kejap pasal arwah Yasmin J.Hunwick.korang ingat lagi tak ? mesti ada yang ingat kan, teringat dulu masa first first dapat tahu yang arwah dah pergi. memang kecoh kan masa tu, kat twitter, facebook semua sebok cerita pasal arwah. hmm sebak sangat bila baca balik. bila tengok gambar gambar arwah, memang sedap mata memandang, dengan personaliti nya bertudung, sejuk mata memandang. bila baca blog blog dia, rasa bertuah sangat sape sape yang pernah kenal dengan dia. happening je, suka sangat baca ape yang dia post. tak tahu kenape tiba tiba tergerak hati nak baca balik semua pasal arwah. mungkin ade hikmahnya kan. semua ni buat aku terfikir sejenak dan tertanya tanya, macam mane aku mati nanti, masa tu aku dah sedia belum, hmm yang paling penting adakah aku mati dalam keadaan beriman. mengalir air mata bila terfikir semua ni. dah banyak dosa aku lakukan. ya Allah, ampunilah segala dosa dosa ku. aku hanya hamba Mu yang kerdil. amin.

al-fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat 
dan di tempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. 
amin